Apa juga jenis bisnes, pasaran hanya ada dua iaitu online dan offline.
Mencari sasaran perlu tahu lubuknya, ia ibarat lautan yang luas, banyak jenis ikan tetapi
sukar untuk kita tahu ikan mana yang mahu makan agar ia kenyang.
Seolah-olah saya nampak ikan itu berebut-rebut mahu makan makanan yang ditabur ke dalam laut.
Saya hanya nampak ikan besar dan merasakan ikan itu suka apa yang saya suka, boleh jadi saya
silap tetapi andai kata apa yang ditabur adalah makanannya itulah rezeki. Begitu juga sebaliknya,
ikan kecil ada yang suka makanan ikan besar, maka perlu kita tahu bahawa besar atau kecil masing-masing
ada pilihannya. Jadi kita bertanggungjawab sepenuhnya bagaimana memberi makan agar ikan itu tidak miskin.
Dalam lautan ada banyak platform, ada Facebook, Insta, Twitter, Youtube, Blog,
Web. Kita perlu buka GATEnya, gate yang dimaksudkan adalah pintu 'list building' dimana pengunjung
setiap platform dengan rela hati masuk ke gate tersebut. Perlu diingat, membuka pintu perlu patuh syariah,
rezeki yang berkat membuatkan anda senyum di akhirat, tidak ada scam kerana itu membuatkan kita merana esok hari dan selamanya.
Di darat juga ada platformnya, perlu ada gate cuma bezanya harus berkerja lebih keras kerana banyak menggunakan kekuatan fizikal.
Carilah platform yang sesuai, samada laut ataupun darat keduanya ada citarasa sendiri. Bermakna,
menyediakan kolam sebesar saiz ikut kemampuan agar yang di laut dan darat boleh masuk, santai,
makan dan minum air. Siapa sahaja yang masuk ke kolam itu adalah rezeki yang diusahakan
dan yang tidak disangka-sangka.
In shaa Allah, strategi yang sudah dipertengahan.
Siap dengan mata kailnya untuk ikan berlumba-lumba mahu memakannya. Musim PKP, PKPB
membuatkan saya sendiri stay at home namun masih boleh memancing di lautan, berjalan di darat
dengan mematuhi segala SOP dan SOC sebagai usahawan dari ruang dapur.
In shaa Allah akan terbit dalam beberapa waktu. Ingat, perkara pertama yang diutamakan adalah kaedah mendapatkan
'Senarai Pelanggan' dan ini adalah satu strategi yang wajib diketahui dan diamalkan oleh usahawan dari ruang
dapur.